Tuesday, March 29, 2011

BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM )

Bahan bantu mengajar saya ialah Gelung. Gelung digunakan untuk pelbagai fungi. Salah satu daripada fungsinya ialah untuk menguji pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Hal ini dapat diuji dengan melakukan aktiviti seperti memutar gelung di tangan. Guru perlu kreatif dengan memberikan kepada pelajar gelung sebagai contoh kanak-kanak dengan meletakkan di tangan mereka. Pelajar dapat melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dan berdiri dengan keadaan statik.

Di bawah ini saya sertakan contoh gelung, yang telah saya hasilkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti :

1. Getah paip
2. Surat khabar
3. Pisau
4. Pita pelekat


*
*
*
1. Getah paip dipotong sedikit bagi memastikan gelung tidak terlalu besar.


*
*
*

2. Getah paip yang berwarna hijau disambungkan dengan getah paip yang berwarna kuning.


*
*
*

3. Pita pelekat digunakan untuk membalut penyambung antara 2 getah paip tesebut.


*
*
*

4. Kemudian, getah paip dibalut dengan surat khabar.


*
*
*

5. Selepas getah paip dibalut dengan surat khabar, pita pelekat digunakan untuk membalut keseluruhan getah paip supaya getah paip menjadi lebih kemas dan teratur. Dan ini merupakan hasil gelung yang telah saya buat.






No comments:

Post a Comment