Tuesday, March 8, 2011

assgmnt blog-->>comment

Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada para penonton. Begitu juga dalam sukan. Pelbagai teknologi moden diadakan bagi memudahkan para atlit berlatih dan meningkatkan stamina bagi memperkasakan kejayaan mereka.

Pada pendapat saya, antara langkah-langkah bagaimana untuk menerapkan teknologi sukan dalam masyarakat ialah dengan menerangkan kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi dalam sukan. Hal ini berkaitan dengan kemudahan-kemudahan sukan di mana dengan ada nya teknologi dalam sukan, kita dapat berlatih dengan lebih baik lagi, berbanding dengan kerjasama antara manusia dan manusia.

Selain itu, langkah seterusnya ialah menggunakan alatan sukan yang sesuai. Penggunaan alat sukan yang sesuai ini ialah dengan menggunakan alat teknologi moden seperti permainan tennis. Dalam permaianan tennis, peralatan moden yang digunakan ialah machine ball iaitu bola-bola tennis dimasukkan ke dalam mesin tersebut dan bola akan dihalakan kearah pemain supaya pemain dapat membalas serangan.

Seterusnya ialah pengenalan kepada alatan-alatan yang canggih kepada masyarakat. Sebagai contoh ialah alatan untuk bersenam. Kita boleh memperkenalkan kepada masyarakat seperti treadmill. Treadmill boleh digunakan bagi masyarakat yang tidak suka berjogging di luar namun mereka boleh menggunakan treadmill di dalam rumah. Ini memudahkan mereka untuk bersenam dan tiada lagi alasan.

Langkah seterusnya ialah pengiklanan barangan sukan yang berteknologi moden. Dengan adanya pengiklanan barangan sukan ini,maka masyarakat akan tertarik dengan alatan tersebut lalu mereka akan membelinya. Pengiklanan jugak harus lah bersifat kreatif dan unik. Maka masyarakat tidak akan jemu untuk melihat dan tertarik untuk membelinya.

Langkah yang terakhir ialah melalui perubatan. Penggunaan alatan yang canggih dalam mengesan penyakit-penyakit yang serius dapat membantu masyarakat mengenal pasti penyakit mereka dengan segera dan dapat mengubatinya dengan segera. Sebagai contoh, dalam sukan. Atlit akan diperiksa kesihatan mereka sebelum mereka menyertai sesuatu pertandingan. Maka, dengan menggunakan peralatan yang canggih dapat mengesan atlit tersebut sama ada mereka berpenyakit atau tidak. Maka dengan itu, ianya dapat diubati dengan kadar yang segera.

Rujukan

1) http://josie653.tripod.com/teknologi.htm

2) http://ebookgratisan.net/pdf/peranan-teknologi-dalam-sukan-powerpoint.html

3) http://ebookgratisan.net/pdf/teknologi-dalam-sukan.html

SITI NURHAWA BINTI JAAFAR

A129 637

nurhawajaafar@yahoo.com

No comments:

Post a Comment